Thursday, May 31, 2012

bila bosan,makan je lah keja aku.

haloo assalamualaikum.
wassup semua. buat apa hari ni? selamatkan aku boleh tak? tak pernah aku rasa bosan macam ni. serius tak tipu. entah apa ja yang aku buat hari ni. makan tengok tv makan and makan lagi.

haa,ni apa yang aku makan untuk breakfast tadi. memandangkan aku memang gila benda yang ada berry berry ni,strawberry ka,blueberry ka,memang blueberry pancake KFC ni favourite aku lah. makan hari hari pon boleh. makan saja tanpa syrup yang dia bagi tu pon dah sodapp. yum.

untuk lunch pulak,mak aku buatkan ikan masak tiga rasa ni. betul la orang cakap. air tangan mak terbaik. aku ratah siakap besar gedabak ni sampai habis. senang ja nak bela aku. tak perlu buat lauk banyak banyak. buat ikan dengan sayur ni pon dah cukup. kalau buat banyak banyak pon sumpah membazir,bukan aku makan sangat. 

petang pulak aku tidur ja sepanjang hari,jadi takdak la makanan yang aku nak tayang. nak tayang gambar aku tidur takut jatuh pulak market aku. tapi ada lagi yang aku nak tunjuk. last weekend,aku p makan kat winter warmers gurney plaza,penang. terbaik habaq hang. walaupun harga boleh tahan mahal,tapi berbaloi baloi.
haa,waffle yang paling kiri sekali tu aku punya. apple cinnamon waffle. terbaik weh. waffle dia gebu gebu,memang besar gila. tapi tu waffle kosong la,kena la cicah dengan apple campur cinnamon dalam mangkuk tu. sedap kot. memang aku termimpi mimpi sampai lah hari ni. yang tengah tu mak aku punya,and sandwich tuna tu adik and ayah aku punya. aku rasa semua. semua sedap. memang kena dengan selera aku. akan aku p lagi tempat tu,nak try waffle dia yang perisa lain pulak. hik hik hik.

oke lah,takdak keja sebenarnya,sebab tu update pasal makan ja. chow.

Wednesday, May 30, 2012

semua macam mimpi.

haloo assalamualaikum.

terima kasih Allah. tu ja mampu aku ucapkan. sumpah semua ni rasa macam mimpi. rasa macam,'eh,betul ka aku dapat ni?' rasa kerdil ja dengan nikmat yang Allah bagi ni. aku rasa usaha aku untuk exam hari tu sangat sikit and soalan yang aku boleh jawab pon boleh dibilang dengan jari ja. tapi pointer yang aku dapat memang aku tak expect. alhamdulillah.

and then the gift from my dad. memang la tak dapat sebijik honda insight or mazda 3 yang aku idamkan,tak cukup syarat lagi aku nak mintak semua tu. kalau aku 4 flat,maybe,maybe. dan bukanlah jugak sebijik DSLR yang besar gedabak tersemat indah menggantikan loket rantai dekat dada dada anak anak muda sekarang. bukan,bukan,bukan. cuma sebijik kamera canon ixus 1100hs berwarna merah and sebijik handphone (dalam proses membeli) yang aku dapat. handphone tu aku nak p pilih sendiri. memandangkan aku ada dua number so kena beli satu lagi phone untuk digandingkan bersama bb aku,huahua. thanks ayah,i love you. ;)

wah hari tu bukan main bengang dekat ayah tapi sekarang dah i love you bagai. ya,bagi aku hadiah dan aku akan menyayangimu,hehe. oke,gurau saja.

maka tamatlah detik mencemaskan menunggu result matrik yang keluar semalam. a very nice memory indeed. sekarang tengah kemaskini upu fasa 2 pulak. dan proses penantian pon akan bermula. U mana lah yang akan panggil aku nanti,sangat tak sabar nak tahu.

itu saja untuk post kali ni,nanti aku merapu lagi. chow.

p/s nak letak gambar tapi internet slow tahap.

Friday, May 25, 2012

perasaan hujan panas.

haloo assalamualaikum.

oke. dah habis interview UPSI semalam. alhamdulillah semua oke walaupun aku speaking kelaut akibat parkinson yang tak penah aku tau pon ada dalam diri aku tiba tiba menyerang. tahniah untuk diri aku. berkerut kerut penemuduga tu dok dengaq apa yang aku dok bohong kat situ. mungkin sebab nama aku gomez, depa faham kot yang aku dok speaking sepanyol. mungkin.

nak tahu tak aku bengang. bukan dengan sapa sapa tapi dengan ayah aku sendiri. serius bengang. dah dapat kerja elok elok,gaji pon sedap cuma kadang kadang ja kena kerja waktu malam. terus tak bagi,suruh aku tolak. oke fine. lepas ni aku duduk rumah perabis duit dia ja. ni cara aku nak memberontak. dia nak support aku sangat,fine. tak boleh nak berdikari langsung,padahal aku dah 19 weh. orang lain 19 dah keliling dunia dah.
oke tak baik bengang dekat bapak sendiri tapi sekarang tengah mood memberontak.

ni satu lagi. padah cari orang jauh jauh sapa suruh entah. kan dah rindu. hik hik hik. kalau setakat jauh kedah-penang, or kedah-perlis or kedah-perak boleh lah tahan. kalau kedah-kelantan pulak macam mana? nasib baik guna digi. nasib baik guna blackberry. nasib baik kelantan menang bola hari tu(takdak kena mengena), kalau tak dah lama aku jadi janda berhias.

boleh bayangkan tak betapa hujan panasnya perasaan aku sekarang. berwarna warni macam nasik hujan panas tu. awww. chow.

Wednesday, May 23, 2012

dah hampir sebulan tanam anggur.

haloo,assalamualaikum.

pejam celik pejam celik dah dekat sebulan aku duduk rumah ni tanpa buat benda yang menguntungkan pon. benda yang aku buat yang aku rasa berguna cuma tolong jadi driver p ambik and hantar adik aku sekolah ja. lepastu tolong mak aku masak kadang kadang. tolong lah sangat kan. setakat tanya 'eh,mak letak apa tadi,takdan nak tengok' and 'kalau tak letak yang ni tak boleh ka?' tu pon dikira tolong tak?

hari tu ada jugak aku p perlis kejap.  sebab nak berfoya foya dengan sahabat taulan yang dok hasut aku, 'syaz,disco baru bukak kat tepi rumah aku,jom.'. bila orang dah ajak,tak elok aku hampakan,tak gitu? apa apa pun,thanks untuk pikah sebab sudi tumpangkan aku tidur rumah dia untuk satu malam. wa seronok di rumah lu.

ni sebelum p disco. ada yang tak dak. depa bagi alasan yang disco tu haram.

tadi aku p temuduga 7E,nak kerja weh,duit takdak ni. poket kering. temuduga tu oke kot cuma nak kena mintak persetujuaan ayah aku dulu. kalau tak,memang makan pasir la aku takdak duit. oh,over pulak ayat aku padahal guna duit bapak aku jugak kalau makan. gaji dia boleh lah tahan. meleleh jugak saliva aku dekat depan manager dia tadi sampai manager tu terpaksa buat aksi romantik ambik tisu lap lap mulut aku. aummm.

tadi aku cuba buat kek batik,resipi diambil dari blog cik epal. memang jadi la sangat kek batik aku,lepas letak dalam fridge,terus keras macam batu. bayangkan kalau aku dok tepi jalan sambil makan kek batik aku tu,mesti ada insan berhati mulia hulur duit,kesian tengok aku makan batu. aww so sweet.

blog aku tak berhias lagi. entah bila la nak lawa macam blog blog lain. dah ada beberapa blog yang aku dah hacked sebab dengki. sekian,chow.