Friday, June 29, 2012

aku kerinduan :(

haloo assalamualaikum.
semalam german kalah weh. aku nak gelak dekat penyokong penyokong german sat. wah ha ha ha. ehem ehem. oke,kembali ayu. aku gelak ni sebab orang orang yang aku kenal kebanyakannya sokong german. entah kenapa. mungkin sebab aku(gomez) bermain dengan hebat. mungkin.

sebelum aku mula. nak letak gambar aku jap.
iteww tahu iteww comel. jangan la pujik. mencik mencik.

lagi dua minggu lebih result UPU nak keluar. takut weh. jangan ingat aku posing comel comel macam tu aku tak takut. aku takut sebenarnya. takut tak dapat. takut dapat tapi bukan yang aku mintak. takut dapat yang jauh. takut dapat yang dekat. segala macam takut lah aku rasa ni. dah la result pspm tak sampai sampai lagi rumah aku. tahu la result aku tu membanggakan negara tapi takkan depa nak simpan buat pekasam kannn.

eh,kepada semua yang follow blog bengong aku ni. thanks. ada yang tak tinggal link so aku tak boleh nak singgah balik. and aku minta maaf kalau aku tak follow balik. tak semua blog aku nak follow. aku dah letak reminder siap siap dah kan. kalau follow semata mata nak suruh aku follow balik,jangan follow aku ye. dan jangan paksa aku follow,oke? kalau aku nak follow,aku follow ja. tak perlu paksa paksa. dashboard aku penuh dengan blog blog yang aku follow dulu padahal blog yang aku tak pernah baca pon ada. so sekarang aku tengah kemas kemas sikit dashboard tu. aku akan follow blog yang aku betul betul akan baca ja. thanks kepada semua yang follow aku dengan ikhlas. ;)

oh aku taktau nak luah kat mana so aku luah kat sini ja la. aku kerinduan weh. azab weh bercinta dengan orang jauh. serius azab habaq hang. dari habis matrik hari tu sampai lah hari ni tak berjumpa. dua bulan lebih kot. kau mampuuu? tiap tiap hari aku dok termenung jauh mengira bintang di langit. agak agak bila boleh berjumpa dia kan. sob sob. sedih. 

awak,kalau awak baca lah kan. awak kan pemalas nak baca. sebenarnya,saya rindu awak. awww. malu.

sori entri jiwang. mood tak ketahuan hala. chow. 

Wednesday, June 27, 2012

takmau buat WW

haloo assalamualaikum.
'haiiiiiii !!!' first time buat doodle. ya,jangan puji.

orang selalu tak bercakap hari rabu ni. wordless wednesday memanjang. aku yang bosan jadi bertambah bosan. kesian kat diri sendiri. so untuk hilangkan bosan aku ni,biar aku ja bercakap. wah ha ha ha. *gelak sopan*

sekarang aku tengah bengang. p1 wimax buat hal entah hapa hapa kat rumah aku ni. membuatkan aku tak boleh nak access wifi kat rumah sendiri. sadis bukan? so terpaksa lah guna broadband celcom yang alhamdulillah laju nak meninggal. kalau slow, memang malam ni keluar berita seekor berukband dibunuh kejam.

semalam aku dah buat satu tindakan berani meninggal dengan memberitahu mak aku pasal status janda beranak empatbelas aku. tak tak. tipu ja. kahwin pon belom takkan tetiba janda kannnn *gelak malu malu tutup mulut tayang cincin emas kat jari tengah,cincin raya tau nokss,kau hadoo?* gedik pulak aku bila nak bercakap pasal ni,hikhikhik. sebenarnya dah bagitahu mak aku pasal hubungan  aku n abe kelate kesayangan aku tu haa. alhamdulillah lancar jugak aku berkata kata walaupun mata terkenyit kenyit macam orang baru lepas makan skittles. apa itu skittles? sila gugel.


eh dah pukul 1. tak sempat jugak aku nak bercakap banyak banyak. kesian kat hampa tak sempat nak dengaq. aku kena rush sebab kena p ambik adik aku sekolah. driver tanpa gaji. ya,itu aku. chow.

p/s sorry doodle aku huduh. serious tak reti buat. :'(

Monday, June 25, 2012

menulis sambil makan. nom nom nom.

haloo assalamualaikum.
sori kalau banyak typo memandangkan aku tengah blogging sambil mengunyah waffle gardenia yang baru tu. perisa pandan ni you alls. nak? dengan madu sebagai topping + ketulan ketulan apple sebagai garnish. meleleh dah ayaq liuq tu. lap sikit.

tipu ja. sebenarnya takkan ada typo sebab dekat lappie aku ada butang backspace. kau hado? *gaya azwan ali* tuiihh,nyampah nokks.

nampak tak apa yang aku nampak? aku memang suka makan benda pelik pelik. kreatif bak kata orang. ni cornflakes nestle yang sedap tu sebab ada madu. makan saja pon sodap habaq hang. aku letak susu sikit ja. then tabur serbuk cinnamon and pecah pecahkan waffle strawberry yang panjang belang belang tu. gaul sebati. bagi cornflakes tu betul betul lembik baru makan. heaven weh. manis gila. yumms. last sekali bila cornflakes tu dah habis tinggal susu ja. menghirup tu part paling heaven. eh macam blog resipi pulak. 

pernah dengar bubble gurt? bagus lah kalau pernah. aku baru first time dengar. kesian kan? padahal selalunya kalau bab bab ayaq blended blended ni aku lah raja. hekhek. sedap do vanilla coklat tu. hari tu aku rasa coklat blackforest kot,lupa dah. dua dua sedap habaq hang. macam cool blog la jugak tapi perisa lain. saiz cawan pon tinggi dan dan dan harga pon dua kali ganda. aumm.

apa motif aku cerita ni kat hampa? perlu motif ka? macam kes pembunuhan pulak nak bemotif motif kannn. chow.

Saturday, June 23, 2012

siapa tak boleh tidur sila baca.

haloo assalamualaikum.
dah tengah malam. ada yang dah tidur. ada yang nak stay up tengok bola. ada yang dok lepak kedai kedai mamak dengan member dok tunggu nak tengok bola. ada jugak yang tunggu tunggu depan pc mengharapkan aku update. anda le tu. hikhik.

oke cair sekejap. 

cair sekali lagi. 

memang orang yang nama logan ni hensem hensem ka? awww. <3

takdak motif pon sebenarnya entri aku malam ni. bosan bosan macam ni semua benda aku boleh buat. sambil berblog ni,twiter layan,fb layan. bbm apatah lagi. wajib tu. tak boleh biar lelaki p tengok bola kat mcD tanpa kawalan. nanti ada le tu,dok usha anak dara orang lain. at least bila dok bbm ni,tak sempat la dia nak mengusha. bila dia lambat reply 30saat,terus aku maki. 'hoi,awat lambat reply?usha sapa tu?' sopan aku bertanya.

merepek ja entri malam ni. sebelum hampa menguap kebosanan,elok lah hampa beralih ke blog yang lain pulak. tutup blog aku. aku nak p tidur,warm up mata untuk bangun tengok bola pagi nanti. chow. ;)

tahu la bosan tapi tutup mulut la menguap tu. ingat comel ke?

Tuesday, June 19, 2012

siapa aku sebenarnya.

haloo assalamualaikum.
wah tajuk macam nak reveal rahsia dirty dirty pasal diri aku pulekk. otak kuning betul hampa ni. sebenarnya ni entri malas malas untuk malam ni. entri bosan bosan pon boleh. biasa la. bila dah cik abe kelate kita tu asyik nak tengok bola ja.,ulangan pon takmau nak miss,makanya,keseorangan lah aku. kurang nakfah batin la nampaknya.

tengok intro pon dah merapu meraban. entri ni aku nak cerita serba sedikit pasal diri aku ni haa. aku go through secara spontan lah. apa yang aku teringat,aku terus taip. baru natural. tanpa skrip. superr duperr spontan gitu. kalau agak agak tak berminat nak tahu,boleh stop sampai sini. tutup pc dan pergi tidur kerana hidup anda amat membosankan.

1. Selalu ceria
kebanyakan kawan kawan aku dah tahu. susah nak tengok aku moody ka marah ka tengking tengking ka. aku tak pandai nak ekspresikan mood aku macam tu. tapi aku jenis yang cepat geram. masa sekolah menengah dulu pulak aku selalu sedih. biasa la. time tu hormon baru nak buat sesi suai kenal dengan body ni. eh,point kat sini selalu ceria. apa tiba tiba masuk selalu sedih pulak. hentam saja la labu.

2. Tak suka bermekap
serious tak. apa itu foundation? apa itu diploma? eh. silap. apa itu moisturizer? apa itu toner? orang cakap kena sapu sesuatu dulu dekat muka baru pakai bedak. kena sapu apa weh? mana aku nak tahu. aku tak kenal benda benda tu. paling hebat pon aku keluar rumah pakai eyeliner. kalau terajin sikit,aku tempek bedak. kalau kahwin nanti nak plain saja boleh? 'mak andam mak andam,boleh tak kitew nak pakai eyeliner jew?'    'kepalew hotak kau nokss,haa,terkeluar suara jantan aku.'
this is what i usually look like without makeup. ok. boleh bunuh aku sekarang.

3. Banyak cakap tapi pemalu
dengan orang yang aku rapat,memang aku bercakap tak berhenti kadang kadang tu. especially yang sekepala. gossip tu macam makanan ruji aku la. tapi kalau orang tu aku baru 'hai,saya syaz,awak?' memang gila kau tetiba nak gossip? mesti la lembut lembut dulu. saya awak dulu. lama lama lu gua lu gua pulak. 

4. Teringin nak bela kucing
oke. yang ni dari dulu lagi memang aku teringin sangat. nak yang gebu gebu,manja manja,yang suka sondol sondol kaki aku. tapi ni semua hanya angan angan mat jenin. mak aku tak suka nak menjaga binatang binatang ni semua. dia tahu,kalau aku cakap nak bela apa apa,bukan aku dok jaga sangat. hangat hangat tahi hayam ja. last last mak aku jugak kena jaga. nak harap kat aku,bergelimpangan mati la kucing kucing tu kebuluran.

5. Pernah 'comel'/berisi/chubby
yap. ramai yang dah tak kenal aku sekarang kalau terserempak. yang rapat tu kenal la. dah biasa tidur sekatil makan sepinggan mandi sebaldi. mesti la kenal. yang jarang jarang tegur dulu memang terkejut bila jumpa aku sekarang.
SEBELUM
aku yang duduk atas simen berjam tangan putih ODM besar gedabak. ;)

SELEPAS
aku tiada dalam gambar. :P

oke. cukup lah kot segala rapuan aku di malam yang hening ni. nak tahu lebih lanjut boleh hubungi aku. no fon ada kat sebelah. masanya untuk layan bbm cik abe kelate ni sebelum beta beradu. beradu dengan tenang sebab spain menang semalam. chow.

Sunday, June 17, 2012

entri padang besar sekali lagi.

haloo assalamualaikum.
sorry tawan tawan. buat entri padang besor sekali lagi. dah dua kali aku pi padang besar. oke oke,lepas ni tak pi dah.

bertolak pagi dari rumah ni haa sebab cadang nak singgah rumah lama aku kat perlis tu. nak ambik saki baki barang barang yang tak ambik lagi masa pindah dulu.pastu nak tebas tebas lalang yang subur ja naik. kalau pokok bunga yang aku dok jaga,siram hari hari memang harammm la nak hidup subur macam tu. pastu nak potong pokok bunga kertas yang naik tinggi nak meninggal tu. takut nanti jiran bising pulekkk.

buat buat pegang konon nak tolong tebas. padahal ayah aku yang pecah peluh potong. hik hik hik.

sementara tunggu ayah pecah peluh sorang sorang,mari kita camwhore dulu. with my mom. :)
hoi,pi tolong ayah nu. sibuk ja dia pon nak camwhore.

eh,sudah sudah. jom ke padang besar pulak. 

seperti biasa. belambak keropok keropok,kacang kacang. kali ni tambahan pokok bunga pulak.

merengek rengek budak yang dok jalan depan aku dok panggil bapak dia suruh beli natang ni. mungkin dia nampak macam comel benda ni. mungkin aku yang tak faham erti comel. mungkin mungkin.

beg tangan,beg kaki,semua jenis beg pon hado. kau hado?

jeruk pon hado. tapi aku tak minat so aku tak pandang pon. kamera ni aku tertekan tak sengaja.

haa. aku dengan mak borong benda ni ja banyak. yang lain lain tu tak berkenan di hati sangat.

eh,dah la. bukan ada apa nak cerita sangat. sebab padang besar ni tempat shopping ja. kalau nak cerita aku shopping apa, sampai esok lusa pon tak habis. sebelum chow,aku nak ucapkan selamat hari ayah kepada ayah aku,sayanggg sangat sangat kat ayah. nak tempek gambar kat sini tapi tak hado la pulak. banyak gambar hilang lepas format laptop hari tu. oh dan salam israk mikraj buat umat umat Islam. kedah cuti tau you alls. ada negeri yang tak cuti. jangan dengki tau you alls,tak baik. hik hik hik. chow.

Friday, June 15, 2012

bila dah duduk kedah asyik balik perlis la pulak.

hoi. jangan gelak aku pakai baju ben 10 adik aku. apa kata hampa puji gaya aku pegang raket macam rafael nadal ka,roger federer ka. raket tennis la tu hoi.

haloo assalamualaikum.
hari tu dah cakap yang aku p buat muka tak malu tompang rumah kawan aku kat perlis tu haa. sebab nak lelepak punya pasal. muka tebal pon takpa. lepas tu aku cakap pulak yang aku p padang besar tu haa. esok ni,akan aku menjejakkan kaki aku kat perlis sekali lagi. nak angkut baki barang barang kat rumah lama aku tu. lepas tu lepas tu weh. lepas tu kan. sekali lagi aku akan ke padang besar yawww.

pelik dengan hidup aku ni. dulu time duduk perlis,sikit pon aku tak kisah padang besar tu wujud ka tak,bukak ka tutup,apa yang ada kat sana and so on so on lah. tapi sekarang ni macam dah takdak destinasi lain pulak kann. ni semua sebab hari tu tak sempat nak shopping banyak banyak. orang dah nak balik,family aku baru nak sampai. mana sempat nak shopping hoi. ni kira macam qadha balik la gitu.

satu hari akan aku pergi ke kelantan pulak. ceh,tiba tiba. eh,puasa dah nak dekat. cepat jugak masa berlalu. macam baru semalam ja aku dok beli nasi bang din habuan nak bukak puasa kat KMP tu. pastu berbukak dengan kawan kawan kat bilik aktiviti. oh,rindu. :') chow.

Wednesday, June 13, 2012

bengang dengan semut ni.

haloo assalamualaikum.
untuk intro aku nak luahkan ketidakpuasan hati aku dengan raja azmi dalam masterchef celebrity tu. tolong lah. aku nak sangat dia keluar. aku dah tak sanggup lagi tengok drama. tolong lah. tolong lah. ok tamat.

rumah hampa banyak semut tak? aku ingat dekat KMP dulu ja aku perlu bersabar dengan semut semut ni. bila dah dok kat rumah ni lagi banyak pulak dia mai. mungkin jelmaan semut semut yang aku dok penyet penyet dulu kot. semua tempat ada weh. dapur tak payah cakap la. tempat aku simpan snek snek aku tu memang penuh lah.

ni laptop aku ni. mungkin dah jadi tempat sauna depa dah. mentang mentang lah panas. picit keyboard sikit,ada la dua tiga ekor keluar. what the?
ni lah tempat tumpuan para pelancong kecik tu. kalau aku ni cepat lupa,memang dah tahu dah la sebab terlalu banyak makan semut.

segala ubat nyamuk yang dicipta untuk membunuh nyamuk*sambil buat gaya malik noor
tumbuk tangan sendiri* tu semua aku guna untuk bunuh semut ye kawan kawan. nyamuk takdak pulak kat sini. kena makan dengan semut semut tu kot. semut makan nyamuk ka? ada aku kisah? eh,sudah. chow.

Monday, June 11, 2012

seronok dapat sentuh jugak dream car aku.

haloo assalamualaikum.
semalam adik aku dah start sekolah. ada negeri yang baru hari ni start. kot mana pun, selamat kembali ke sekolah you allllsss. tak boleh relax kat rumah macam I ni. hahahaha. sorry tak sengaja gelak.

nampak tak? nampak tak? dulu kereta idaman aku adalah mazda 3. harga memang mampu milik la sebab 125K ja kot kalau tak silap. lepas tu aku bersungguh sungguh minat mazda RX8 pulak. sekarang nampak tak kereta di atas tu? peugeout RCZ weh. tolong jangan cakap tak lawa. aku cili mulut sorang sorang baru tahu. 

tengok dalam gambar macam 'wow,lawa kot.' bila aku p showroom peugeout semalam aku jadi macam 'wowwwwwww !!!!' *pitam*

pastu pitam kali kedua pulak bila tengok harga. 200++K weh. kalau aku kerja nanti,aku kumpul duit,maybe sampai aku pencen kot baru boleh merasa. tu pon baru mampu bayar duit muka. huahua.

dekat dashboard dia tu ada kertas,nampak tak? dia tulis 'SOLD'. alhamdulillah. dapat jugak merasa. merasa sentuh ja la. sold tu pon bukan kat aku. kat manusia mana tah yang potong jalan aku. sekian.

Sunday, June 10, 2012

girls' day out

haloo assalamualaikum.
wahh,nak dekat limaratus minit aku pikir mukadimah. macam tak berbaloi masa yang dibuangkan begitu sahaja. jadi marilah kita stret tu da poin.

semalam aku ketemu semula dengan skandal lama aku. skandal sekolah menengah tu. dah berdekad tak berjumpa. maklum lah,semua dah beranak pinak. serious tak tipu. annie ni budak UiTM merbok tu haa,baru habis cuti dua bulan. memandangkan jarak UiTM dengan rumah aku lebih kurang sekangkang tapir,aku pon merajinkan diri drive ke sana. sesak toksah dok habaq la,memang berapi api jiwa ni haa.

bila dah jumpa,masing masing kebuluran dengan nafsu makan seekor tapir,terus gerak cari kedai makan. kedai makan ni annie yang suggest. dia kata sedap. kedai orang siam ni,so tomyam tomyam dia memang perghhh habaq hang. terangkat doh. so kalau agak agak nak rasa masakan pure tomyam,mai la sini. memang best.

kedai ni dalam central square,sungai petani. apa tah nama dia. asama wasama osama,entah. tempat duduk bersila tu ramai sungguh so kami cari tempat romatik,duduk hujung hujung,lampu pon malap malap,romantik sungguh. nanti nak ajak abe kelate tu mari sini lah. tapi lepas beberapa minit kami duduk,tu dia,terus ramai orang,dah jadi tak romantik. hek hek hek.

meet my scandal. annie. 

eh,selena gomez tu pon join kitorang jugokkk. ahak ahak ahak. 

berapi doh koeyteow tomyam dia. sedap yang amat. bukan nak exaggerate ka apa. memang perghh. ni annie punya.

yang ni aku rasa oke oke la. rasa biasa ja. terlalu simple,takdak ais krim kat atas. ni pon annie punya.

bihun goreng tomyam ni pon pergh tapi portion dia macam untuk limaratus orang makan. terpaksa aku bungkus bawak balik.

yang ni dia tulis dalam menu longon. tapi aku syak yang ni longan. hehe. pon biasa biasa aja,kurang manis. sesuai untuk orang yang tak suka manis. tak sesuai untuk aku. 

lepas tu pusing pusing CS tu jap then balik lah kita. aku singgah bilik annie tu jap. first time masuk UiTM tu tadi memang sesat tapi masa cari jalan keluar tu,tak sangka aku jumpa. rasa nak p bersalam dengan guard kat pondok tu sebab excited jumpa jalan keluar. 

sehingga ketemu lagi di lain hari dear. ;)

Friday, June 8, 2012

sunyi doh.

haloo assalamualaikum.
hah. nampak dok tajuk aku? soalan bodoh pulak aku tanya. mesti la nampak. bukan apa. aku cuma nak highlight yang aku ni kesunyian. janda yang sepi,oke. janda lah sangat. hik hik hik.

cuti sampai bulan 9 kooo,duduk rumah ja,mesti la sunyi. kawan kawan duduk mana hala nu. takdak la jauh mana tapi tak berdaya jugak aku nak p kerap kerap. melainkan ayah aku terkena penyakit 'ok'. kan senang nak mintak kebenaran,hiu hiu hiu.

oh tadi ada buat aktiviti pecahkan lemak sikit. bukan apa,semenjak cuti ni,aktiviti macam ni macam aktiviti formal la. jarang jarang sekali dianjurkan,hehe.

jom jom. plan nak jog tapi adik bawak keluaq raket,so badminton lah punnn kann..

adik lelaki lebih tinggi dari kakaknya tu perkara biasa kan? kan? sila angguk please. :(

tukar shift pulak dengan bonda aku. letih doh.

bila pulak aku nak buleh turun perlis ni. nak bergoyang goyang pinggul dengan kawan kawan aku yang mereng mereng semuanya tu,rindu tahap. huhu. oke,chow.

Monday, June 4, 2012

ke padang besar pulak.

abaikan muka censored mak aku kat belakang tu. eh,aku suruh abaikan tapi aku sendiri yang cakap. so mesti hampa takkan abaikan. -.-

haloo assalamualaikum.
dua hari aku tak online. rasa tak berdunia ja. sebenarnya aku tak online sebab dok p berdunia la. asyik ngadap lappie 24/7 memang siput lah otak aku lama lama.

banyak kenduri kahwin cuti cuti ni. aku bila lagi? umur dah lanjut. kalau orang lain, dah boleh dapat cucu dah. oke berbalik pada tajuk. sabtu hari tu aku p perlis,ada kenduri rumah kawan ayah aku. lepas ja balik kenduri tu,terus singgah padang besar youuu. biasa la,orang kedah turun perlis. tak pernah nampak rupa padang besar tu macam mana. hik hik hik.

serius nak jejak kaki pon tak boleh weh. kereta berduyun duyun kat luar. kat dalam pulak penuh orang bergelimpangan. bukan mati ye tapi separuh mati sebab nak ambik nafas. terlalu sesak. cuti sekolah la katakan.
masa on the way tu lengang ja jalan. rasa tenang ja sebab tepi tepi tu rumput ja. ikut pulak belakang bas,feeling feeling rombongan gitu. tapi bila dah masuk padang besar tu,kereta cium bontot kereta lain tu perkara normal oke. nak cari parking pulak satu hal. last last parking tempat jauh,ambik kau berjalan lebih kurang 400m untuk shopping.

masa ni kat luar,orang tak ramai boleh la nak snap snap. bila dah masuk dalam,jangan kata nak snap,nak berkelip pon terlupa sebab dok mengelak orang ramai. niat nak beli jugak bling bling tepi tu tapi tak sempat. kacang kacang ni sempat jugak aku borong.

oh kalau aku sempat,sampai atas kepala aku pon maybe ada beg plastik tau. nak shopping lagi. :'(

sekian.