Tuesday, November 13, 2012

Berapa bulan dah weh?


Assalamualaikum. Ya ya ya ya, aku masih hidup. Tutup mulut semua. Ada yang dah lupa kewujudan aku ka?  Mungkin tertanya tanya, sapa pulak ni? Aku sendiri pon terlupa yang aku ada blog. Dah berapa bulan dah aku biaq blog ni tak berpenghuni. Dah ada yang tumpang menetap mungkin. Hihihihi.

Nak kata busy teruk jadi student UiTM ni takdak la teruk sangat pon senanya. Tapi aku malas. Jadual untuk sem 1 ni agak pack. Dah la aku kena berdepan dengan physics and calculus. Major bio tapi kena belajar physics. Apadehal la wei. Ha tengok. Baru start nak menulis semula dah start dengan rungutan. Maafkan sayeee. :D

So far shah alam oke la. Roommate jangan cakap la. Memang fun satu kepala. Ain nama dia. Kawan kawan semua pon best. Walaupun aku rindu kawan kawan sekolah aku, kawan kawan matrik aku. Tapi kawan kawan baru ni pon not bad. Classmate pon havoc ja. Jejaka pon agak ramai berbanding kat matrik dulu. Dulu 3 orang ja kumbang dalam kelas aku. Sekarang dah 5. Peningkatan la sikit.

Dan yang penting, jejaka hot pon banyak kat sini. Memang setiap hari aku mencolok mata. Eh,i mean mencuci mata. Cuma faculty aku agak jauh dengan kolej. Nasib baik bas banyak. Jalan kaki pon no hal actually tapi berpeluh jugak ketiak ketiak ni ha. Untuk koko pulak aku join suksis. Apa itu suksis? Tarian kah? Batu serembankah? Hikhok. Lain hari gua cerita.

Banyak nak cerita tapi stop dulu lah. Aku nak blogwalking ke blog blog lu orang kejap. Lama dah tak membaca. Tak berdunia. Selamat Hari Deepavali dan selamat bercuti. Chow. :D