Wednesday, May 23, 2012

dah hampir sebulan tanam anggur.

haloo,assalamualaikum.

pejam celik pejam celik dah dekat sebulan aku duduk rumah ni tanpa buat benda yang menguntungkan pon. benda yang aku buat yang aku rasa berguna cuma tolong jadi driver p ambik and hantar adik aku sekolah ja. lepastu tolong mak aku masak kadang kadang. tolong lah sangat kan. setakat tanya 'eh,mak letak apa tadi,takdan nak tengok' and 'kalau tak letak yang ni tak boleh ka?' tu pon dikira tolong tak?

hari tu ada jugak aku p perlis kejap.  sebab nak berfoya foya dengan sahabat taulan yang dok hasut aku, 'syaz,disco baru bukak kat tepi rumah aku,jom.'. bila orang dah ajak,tak elok aku hampakan,tak gitu? apa apa pun,thanks untuk pikah sebab sudi tumpangkan aku tidur rumah dia untuk satu malam. wa seronok di rumah lu.

ni sebelum p disco. ada yang tak dak. depa bagi alasan yang disco tu haram.

tadi aku p temuduga 7E,nak kerja weh,duit takdak ni. poket kering. temuduga tu oke kot cuma nak kena mintak persetujuaan ayah aku dulu. kalau tak,memang makan pasir la aku takdak duit. oh,over pulak ayat aku padahal guna duit bapak aku jugak kalau makan. gaji dia boleh lah tahan. meleleh jugak saliva aku dekat depan manager dia tadi sampai manager tu terpaksa buat aksi romantik ambik tisu lap lap mulut aku. aummm.

tadi aku cuba buat kek batik,resipi diambil dari blog cik epal. memang jadi la sangat kek batik aku,lepas letak dalam fridge,terus keras macam batu. bayangkan kalau aku dok tepi jalan sambil makan kek batik aku tu,mesti ada insan berhati mulia hulur duit,kesian tengok aku makan batu. aww so sweet.

blog aku tak berhias lagi. entah bila la nak lawa macam blog blog lain. dah ada beberapa blog yang aku dah hacked sebab dengki. sekian,chow.

No comments: