Sunday, August 26, 2012

aku pon berhari raya jugak weh. :D

salam 8 syawal kawan kawan.
nahhh. dah 8 syawal baru aku nak tulis blog. nampak tak kemalasan aku di situ? so di sini aku nak isytiharkan yang aku pon sambut hari raya jugak weh. cuma malas hapdate je. hik hik hik. ni statement dengki sebenarnya ramai yang dah tulis pasal raya dorang. aku pon nakkk.

macam biasa lah. aku beraya kat kulim. tak sempat nak turun perlis beraya dengan kawan kawan. sedih weh. jeles dengan dorang dapat beraya sekali. :'(

kasut tinggi wajib hokey. sebab aku kakak so aku haruslah tinggi lagi. kan kan kan?

tema biru laut. aku nak guna perkataan turquoise tapi aku tak tau turquoise tu natang apa. tortoise aku tau la. 

time hari raya memang berbalang balang kuih raya aku hadamkan. aku tak pandang sangat ketupat rendang semua. aku tak minat. ya,aneh bukan? aku tak suka pulut. aku tak suka daging. kalau ada rendang ayam baru aku makan. tu pon meratah ja sebab aku tak suka ketupat. 

petang petang sikit kami balik ke kampung mak pulak kat penang sana. kat sana lagi lah. laksa,lontong,rendang,dodol, hampa sebut ja. semua ada. dan buat pertama kali aku makan lontong. boleh tahan. tapi still based on pulut,tak ngam dengan anak tekak aku. pastu laksa,aku tak sentuh. tak minat. macam biasa,aku dok ngap ngap kuih raya ja. semua jenis aku try. badan macam nak kembang tak kembang ja sebab terlalu banyak benda manis yang dihadam. hik hik hik.

raya kedua dan seterusnya sama jugak. melantak ja kerja aku. tapi kali ni melantak nasi beriani ayam. sedap baq hang. memang terus berkembang lah badan aku sepanjang hari raya berlangsung. tapi benda manis memang aku takkan lepaskan. big apple donut, macaron and coolblog menjadi santapan hari raya aku jugak. kau hadooo? hik hik hik.

'mak mak,adik takmau ketupat tu semua. adik kan kacukan mat salleh. tekak adik mintak mcDonalds.'

see? betapa tak sedar dirinya aku anak melayu tapi makanan barat jugak aku nak. GCB baq hang. mana buleh gua lepaskan. bukan apa,aku jadi manja terlebih ni mungkin sebab hari sabtu ni aku tak boleh nak bermanja lagi. dah kena daftar UiTM shah alam sana. takut weh takut. nervous ketaq lutut lutut ni. 

sekian entri hari raya yang dah beberapa hari terlambat. insyaAllah sebelum aku p shah alam khamis ni,aku akan update entri terakhir sebelum aku bergelar student semula. saja p awal,nak shopim sana dulu. hik hik hik.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. :D

Wednesday, August 15, 2012

dah nak raya. :D

sesak beb mcD bolan bolan puasa ni. chinese pon ramai tu yang gua tak boleh blah. bagi lah can kami nak berboka ni makan hoi. hampa tu nak makan bila bila pon boleh.

maka terhasillah mukadimah aku kat atas tu. tak perlu mukadimah banyak banyak. cepat sungguh masa berlalu. dah nak raya dah ni. macam biasa. raya aku akan di kampung kulim sana. tak jauh pon. 45minit boleh sampai.

kuih kuih raya bertindan tindan kat rumah ni haaa. tiap tiap malam aku lah yang dok ngap. alamatnya,jangka hayat kuih kuih raya aku ni mungkin tak panjang. mungkin tak sempat nak raya. tat nenas ada,almond london,havana oat,semprit,biskut cornflakes. heaven baq hanggg. semua tu favourite lah.

baju baju raya semua pon dah sedia. tinggal beg ja yang aku tak beli lagi. cari merata nak bagi matching dengan baju raya tapi haram tak jumpa. mungkin beraya tanpa beg. tak penting pon. janji ado baju sudah. awww. oh baju kami sekeluarga warna biru muda. first time buat tema. sebelum ni main bantai beli ja kaler apa yang lawa. tak pernah sama dengan sapa sapa pon. kali ni aku lah gegedik ajak buat tema. mak aku oke sajooo.

so dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat sapa sapa yang yang sudi baca blog comel aku ni. andai kata apa yang aku pernah tulis sepanjang 28 entri ni ada mengguris hati sapa sapa,aku mintak ampun mintak maaf lah ye. aku main tulis ja. lahir dari hati nurani segar murni putih berseri. duit raya kalau sapa sapa nak pos,boleh lah BBM aku mintak alamat. aku akan reply sepantas kilat. sapa tak mahu duit raya kannn.

aku ucap siap siap ni pon sebab aku tahu aku tak apdate dah dalam masa terdekat ni. malas nokkss. ingat aku ni masyarakat yang rajin ka. so chow. assalamualaikum. :D

p/s  naik meluat dah aku dengaq orang dok sebut iftar sana iftar sini. dulu boleh ja wat lek sebut berbuka. ni dok main iftar iftar ni bajet cool ka apa. sekian.

Sunday, August 5, 2012

rindu aku tak korang korang? *gegedik*

celamat petang tawan tawan. caye bawu bangun. :D

tudiaaa. sejak dua tiga empat lima enam menjak ni, jarang sungguh aku apdate blog. ni bukan apa. semenjak hidup berumah tangga ni,kuih, baju raya, langsir, sarung kusyen semua aku yang kena sedia. makan pakai laki pon aku kena jaga. so you ollls kena la paham kannn. *jeling*

hoi,aku bujang lagi hoi. anak dara lagi. sila tak note. tak apdate blog ni merupakan salah satu bukti betapa malasnya aku nak menggerakkan anggota badan aku time puasa ni. kerja aku di rumah kalau tak tidur mesti tidur. ataupun tidur. tiga tu ja aku buat. serious ni. tak main main.

tapi...
situasi akan jadi berbeda berbeza dan berlainan lah kan bila mak aku ajak shopim raya. awww. cer habaq mai kat aku perempuan mana tak suka shopim? aku nak berkenalan. nak bagi tazkirah sikit. mungkin dia belum mengenali dirinya yang sebenar. tapi aku tak nafikan yang nafsu shopim aku sebenarnya melebihi paras normal. harap harap aku tak durhaka dengan ayah aku sebab banyak perabih duit dia. cakap pasal shopim ni,petang ni pon aku akan p shopim lagi. walaupun semalam dah berpenat lelah dah shopim raya. kiranya sambungan la ni. mana cukup sehari hoi.

eh sedih pulak puasa kali ni tak dapat nak berbuka dengan kawan kawan kat perlis. macam tak sempat ja. dah la pakat pakat nak pi belajaq dah nanti. raya pon memang dah agak dah aku tak boleh join depa nanti. sedih sedih. aku dilupakan. hukhuk. aku tahu. mereka merindui aku. harap bersabar ya kawan kawan. ada sumur di ladang nanti,mandi lah jugak kita kan?

ni pon sedih jugak ni. tak boleh nak berbuka dengan aizat asyraf ni. ni lagi dahsyat. kelantan nu. bertuah sangat lah boleh nak berbuka sekali kannn. takpewww takpewww,nanti bila dah p shah alam,tiap tiap bulan aku suruh dia turun shah alam tu. tak turun siap laaa. kau tunggu di sana sampai aku datang hey hey hang jebattt.

walaupun aku gemuk. jangan ingat aku tak puasa. sekian.