Sunday, August 26, 2012

aku pon berhari raya jugak weh. :D

salam 8 syawal kawan kawan.
nahhh. dah 8 syawal baru aku nak tulis blog. nampak tak kemalasan aku di situ? so di sini aku nak isytiharkan yang aku pon sambut hari raya jugak weh. cuma malas hapdate je. hik hik hik. ni statement dengki sebenarnya ramai yang dah tulis pasal raya dorang. aku pon nakkk.

macam biasa lah. aku beraya kat kulim. tak sempat nak turun perlis beraya dengan kawan kawan. sedih weh. jeles dengan dorang dapat beraya sekali. :'(

kasut tinggi wajib hokey. sebab aku kakak so aku haruslah tinggi lagi. kan kan kan?

tema biru laut. aku nak guna perkataan turquoise tapi aku tak tau turquoise tu natang apa. tortoise aku tau la. 

time hari raya memang berbalang balang kuih raya aku hadamkan. aku tak pandang sangat ketupat rendang semua. aku tak minat. ya,aneh bukan? aku tak suka pulut. aku tak suka daging. kalau ada rendang ayam baru aku makan. tu pon meratah ja sebab aku tak suka ketupat. 

petang petang sikit kami balik ke kampung mak pulak kat penang sana. kat sana lagi lah. laksa,lontong,rendang,dodol, hampa sebut ja. semua ada. dan buat pertama kali aku makan lontong. boleh tahan. tapi still based on pulut,tak ngam dengan anak tekak aku. pastu laksa,aku tak sentuh. tak minat. macam biasa,aku dok ngap ngap kuih raya ja. semua jenis aku try. badan macam nak kembang tak kembang ja sebab terlalu banyak benda manis yang dihadam. hik hik hik.

raya kedua dan seterusnya sama jugak. melantak ja kerja aku. tapi kali ni melantak nasi beriani ayam. sedap baq hang. memang terus berkembang lah badan aku sepanjang hari raya berlangsung. tapi benda manis memang aku takkan lepaskan. big apple donut, macaron and coolblog menjadi santapan hari raya aku jugak. kau hadooo? hik hik hik.

'mak mak,adik takmau ketupat tu semua. adik kan kacukan mat salleh. tekak adik mintak mcDonalds.'

see? betapa tak sedar dirinya aku anak melayu tapi makanan barat jugak aku nak. GCB baq hang. mana buleh gua lepaskan. bukan apa,aku jadi manja terlebih ni mungkin sebab hari sabtu ni aku tak boleh nak bermanja lagi. dah kena daftar UiTM shah alam sana. takut weh takut. nervous ketaq lutut lutut ni. 

sekian entri hari raya yang dah beberapa hari terlambat. insyaAllah sebelum aku p shah alam khamis ni,aku akan update entri terakhir sebelum aku bergelar student semula. saja p awal,nak shopim sana dulu. hik hik hik.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. :D

3 comments:

Shafiqah Rashid said...

seghiyes gua rasa macam xmaw p smbung blajaq.
sobs sobs .
seminggu ja lg :O

syazana.not.single said...

haha. tahu takpa weh.
nak duduk rumahhh. :'(

kindergartenlibrary said...

comel !