Wednesday, August 15, 2012

dah nak raya. :D

sesak beb mcD bolan bolan puasa ni. chinese pon ramai tu yang gua tak boleh blah. bagi lah can kami nak berboka ni makan hoi. hampa tu nak makan bila bila pon boleh.

maka terhasillah mukadimah aku kat atas tu. tak perlu mukadimah banyak banyak. cepat sungguh masa berlalu. dah nak raya dah ni. macam biasa. raya aku akan di kampung kulim sana. tak jauh pon. 45minit boleh sampai.

kuih kuih raya bertindan tindan kat rumah ni haaa. tiap tiap malam aku lah yang dok ngap. alamatnya,jangka hayat kuih kuih raya aku ni mungkin tak panjang. mungkin tak sempat nak raya. tat nenas ada,almond london,havana oat,semprit,biskut cornflakes. heaven baq hanggg. semua tu favourite lah.

baju baju raya semua pon dah sedia. tinggal beg ja yang aku tak beli lagi. cari merata nak bagi matching dengan baju raya tapi haram tak jumpa. mungkin beraya tanpa beg. tak penting pon. janji ado baju sudah. awww. oh baju kami sekeluarga warna biru muda. first time buat tema. sebelum ni main bantai beli ja kaler apa yang lawa. tak pernah sama dengan sapa sapa pon. kali ni aku lah gegedik ajak buat tema. mak aku oke sajooo.

so dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat sapa sapa yang yang sudi baca blog comel aku ni. andai kata apa yang aku pernah tulis sepanjang 28 entri ni ada mengguris hati sapa sapa,aku mintak ampun mintak maaf lah ye. aku main tulis ja. lahir dari hati nurani segar murni putih berseri. duit raya kalau sapa sapa nak pos,boleh lah BBM aku mintak alamat. aku akan reply sepantas kilat. sapa tak mahu duit raya kannn.

aku ucap siap siap ni pon sebab aku tahu aku tak apdate dah dalam masa terdekat ni. malas nokkss. ingat aku ni masyarakat yang rajin ka. so chow. assalamualaikum. :D

p/s  naik meluat dah aku dengaq orang dok sebut iftar sana iftar sini. dulu boleh ja wat lek sebut berbuka. ni dok main iftar iftar ni bajet cool ka apa. sekian.

6 comments:

Zufar Najib said...

haha.iftar iftar iftar.selamat hari raya maaf zahir (batin xde) X)

misluvcoklat said...

iftar tu bahasa up siked.
jgn berada di takuk lama syazana,'
hahaha :D

syazana.not.single said...

zufar najib- selamat hari raya jugakkk.

pkahchu- lagu tu ka? mana la makcik nak gheti. hikhok

Gadis Ungu said...

selamat hari raya awokk...
mintak maaf apa2 yg tersalah tersinggung apa semua tu. yg penting maaf zahir dan batin okay :)

syazana.not.single said...

gadis ungu- selamat hari rayaa. ;)

misluvcoklat said...

woi, leni dah habes raya dah. bila nak hapdate ? haha XD