Friday, May 25, 2012

perasaan hujan panas.

haloo assalamualaikum.

oke. dah habis interview UPSI semalam. alhamdulillah semua oke walaupun aku speaking kelaut akibat parkinson yang tak penah aku tau pon ada dalam diri aku tiba tiba menyerang. tahniah untuk diri aku. berkerut kerut penemuduga tu dok dengaq apa yang aku dok bohong kat situ. mungkin sebab nama aku gomez, depa faham kot yang aku dok speaking sepanyol. mungkin.

nak tahu tak aku bengang. bukan dengan sapa sapa tapi dengan ayah aku sendiri. serius bengang. dah dapat kerja elok elok,gaji pon sedap cuma kadang kadang ja kena kerja waktu malam. terus tak bagi,suruh aku tolak. oke fine. lepas ni aku duduk rumah perabis duit dia ja. ni cara aku nak memberontak. dia nak support aku sangat,fine. tak boleh nak berdikari langsung,padahal aku dah 19 weh. orang lain 19 dah keliling dunia dah.
oke tak baik bengang dekat bapak sendiri tapi sekarang tengah mood memberontak.

ni satu lagi. padah cari orang jauh jauh sapa suruh entah. kan dah rindu. hik hik hik. kalau setakat jauh kedah-penang, or kedah-perlis or kedah-perak boleh lah tahan. kalau kedah-kelantan pulak macam mana? nasib baik guna digi. nasib baik guna blackberry. nasib baik kelantan menang bola hari tu(takdak kena mengena), kalau tak dah lama aku jadi janda berhias.

boleh bayangkan tak betapa hujan panasnya perasaan aku sekarang. berwarna warni macam nasik hujan panas tu. awww. chow.

No comments: