Friday, July 20, 2012

rasa macam baru semalam ja habis puasa. :')

assalamualaikum dan haloo si comel sekalian. aku tengah tengok reflection aku kat laptop ni. so yang 'si comel sekalian' tu aku le.

ya,dia ni memang popular. siap ada signboard popular lagi sebelah dia. kau adaaaaaa? 

semalam sempat jugak aku ke penang. menghabiskan sisa sisa hari aku sebelum start puasa. sebab bila dah puasa,memang tak keluar dah nanti. duduk rumah sajooo. apa aku buat kat penang? teringat pasemboq weh tapi apa boleh buat,tak sempat pon nak menikmati pasemboq. so kita menikmati sejuk aircond shopim mall saja. yang ni memang serious. sejuk dia tahap over the sea you know? tambah tambah bila dah masuk dalam wayang dia. kiranya kalau aku nak tulis blog pasal masuk ke wayang tu,aku kena letak tajuk 'pengalaman aku dikunci dalam peti sejuk' maybe?

ya,sejuk dan gelap tempat wayang tu. sesuai untuk jejaka jejaka pemalas macam budak kelate tu tidur. bedebah betul. entah entah di sebalik spec 3D dia tu,mata dia terpejam apa? dah la the amazing spiderman tu,tak amazing tang mana pun. nyesal aku tengok. batman lebih amazing mungkin. :'(

ewww. gantung keychain bulu kat bb. tak malu tak malu. oh,tu bb aku, nasib baik. :p 

sebelum start wayang tu,lepas dah habis satu shopim complex tu kami tawan,moh le kita duduk pulak. yang pakai kasut bertumit ni aku. tapi yang letih ngadu ngadu sakit kaki bukan aku. tak rasa pelik ka? hikhik. takdak stamina langsung. 

tengok tu. menjalar macam ular. apa yang letih sangat aku pon tak tahu. kalau main futsal banyak pulak tenaga dia. 

nak cakap pasal ramadhan sebenarnya. sedih bila teringatkan ramadhan kat matrik dulu. sangat kenangan tau. tiap tiap kali habis kuliah,aku dengan atikah mesti buat larian pecut 100meter ke kafe sebab nak berebut beli lauk untuk berbuka. lepas tu sama sama berbuka dekat dalam bilik TV sambil tengok drama kasih Alia. sambil sambil mengunyah tu sempat lagi dok maki macam macam pasal drama tu. kami yang over lebih dari drama tu. pahala puasa pon terbang melayang. oh kenangan. :')

ramadhan kali ni alhamdulillah,boleh sambut dengan family sepenuhnya. berbuka dengan family tiap tiap hari. harap harap dapat kawal nafsu serakah aku bila jejak kaki kat bazaar nanti. jangan lah menitis air liur aku di khalayak ramai. jatuh market aku sebagai dara meletup sekitar kedah nanti. hakhak.

selamat menyambut ramadhan buat seluruh umat Islam. puasa jangan tak puasa. ;)

8 comments:

Nurulee said...

Tak best eh spiderman? Nasib tak p tengok lagi. hihi.

http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/time-off-for-le-stomach.html

syazana.not.single said...

nurulee- ada yg kata best,ada yg kata x.
depend org jugak kot. hehe. ;)

QweensheesZ said...

so sweet..^^

misluvcoklat said...

pergh, sampai ke bb pon hitam meroh jugok noh. haha.


akhirnya, dpt jugak lu jmpak suami lu en. hikhik. selamat berpuasa beb. jgan tinggal posa. ingat pesan wa tu :D

syazana.not.single said...

qweensheesz- jgn makan sweet2. nnt kencing manis. ;)

pkahchu- haha. tapi bb gua nampak mcm laki punya sbb ada tanduk2 setan.

baikkk mak. cek x tinggai posa aih. ;)

Zufar said...

sejuk tahap over sea hehe.nmpak biase je. xD

syazana.not.single said...

zufar- saja control depan kamera tu. hikhik. ;)

Zufar said...

hahaha.nampak dah mmg control pun. xD just joking