Wednesday, July 18, 2012

panjang sangat ka aku tulis?

haloo assalamualaikum.
aku nak suarakan keseronokan kejap. aku dapat UiTM kampus shah alam tau uollls. happy benor diri ini. bukan apa. ada kengkawan aku yang meraung meratapi nasib dapat perlis la,kedah la,penang semua tu, cakap dekat sangat dengan rumah. ada yang dapat jauh nak meninggal,sampai ke sabah sarawak. aku pulak macam middle middle gitu. gumbira tak terkata.

abe kelate aku pulak dapat UiTM machang,kelantan. makin manja la dapat dekat dengan rumah. tak adventure langsung. *statement nak bagi dia jeles tak dapat shah alam*

eh kenapa title aku gitu? saja nak drama sikit. bukan hapa,abe kelate aku tu buat pertama kalinya bukak blog aku semalam. orang yang pesen tak minat membaca ni,gepren ada blog pon dia tak peduli. hikhik. benda first dia cakap lepas bukak semalam,'malas lah nak baca,panjang la.' cis. statement berani meninggal nampaknya. apa yang panjang aku pon taktau. eh,suka hati aku pulak kutuk dia dalam ni. harap dia malas nak baca. amin. :p

tengah hari satgi maybe aku akan ke klinik nak buat medical check up. sebelum bulan puasa ni,aku nak settle settle dulu benda ni. nanti dah puasa macam susah nak cucuk cucuk,ambik darah bagai. nak kena x ray lagi. urine test la,nak cek sama ada aku ni minah pit ka tak. kot kot paras ganja dalam air kencing tu tinggi,tak pasal pasal kena tahan pulak nanti. jujurnya aku tak takut nak kena cucuk semua tu. yang aku takut cumalah result dia. ya la,mana la tahu,tetiba terkesan penyakit apa apa pulak kan. nauzubillah,mintak dijauhkan la.

banyaknya benda kena urus. akaun bank la. ptptn la. ada lagi yang aku tak pernah dengaq. macam macam nama bank ada,aku pon pening baca. oke sudah. nanti merapu. chow.

1 comment:

dayteen lea said...

waaahh
uitm di hatiku

sama la cam akak dulu.
haha