Friday, June 29, 2012

aku kerinduan :(

haloo assalamualaikum.
semalam german kalah weh. aku nak gelak dekat penyokong penyokong german sat. wah ha ha ha. ehem ehem. oke,kembali ayu. aku gelak ni sebab orang orang yang aku kenal kebanyakannya sokong german. entah kenapa. mungkin sebab aku(gomez) bermain dengan hebat. mungkin.

sebelum aku mula. nak letak gambar aku jap.
iteww tahu iteww comel. jangan la pujik. mencik mencik.

lagi dua minggu lebih result UPU nak keluar. takut weh. jangan ingat aku posing comel comel macam tu aku tak takut. aku takut sebenarnya. takut tak dapat. takut dapat tapi bukan yang aku mintak. takut dapat yang jauh. takut dapat yang dekat. segala macam takut lah aku rasa ni. dah la result pspm tak sampai sampai lagi rumah aku. tahu la result aku tu membanggakan negara tapi takkan depa nak simpan buat pekasam kannn.

eh,kepada semua yang follow blog bengong aku ni. thanks. ada yang tak tinggal link so aku tak boleh nak singgah balik. and aku minta maaf kalau aku tak follow balik. tak semua blog aku nak follow. aku dah letak reminder siap siap dah kan. kalau follow semata mata nak suruh aku follow balik,jangan follow aku ye. dan jangan paksa aku follow,oke? kalau aku nak follow,aku follow ja. tak perlu paksa paksa. dashboard aku penuh dengan blog blog yang aku follow dulu padahal blog yang aku tak pernah baca pon ada. so sekarang aku tengah kemas kemas sikit dashboard tu. aku akan follow blog yang aku betul betul akan baca ja. thanks kepada semua yang follow aku dengan ikhlas. ;)

oh aku taktau nak luah kat mana so aku luah kat sini ja la. aku kerinduan weh. azab weh bercinta dengan orang jauh. serius azab habaq hang. dari habis matrik hari tu sampai lah hari ni tak berjumpa. dua bulan lebih kot. kau mampuuu? tiap tiap hari aku dok termenung jauh mengira bintang di langit. agak agak bila boleh berjumpa dia kan. sob sob. sedih. 

awak,kalau awak baca lah kan. awak kan pemalas nak baca. sebenarnya,saya rindu awak. awww. malu.

sori entri jiwang. mood tak ketahuan hala. chow. 

10 comments:

Eika said...

Alololoo... ciannya dia.. xpa.. sabaq ja... nnt2 jumpak la...

misluvcoklat said...

don wori lahh, lu konfem dpt hat pilihan pertama or kedua.
wa yg patot risauu nehhh.
hewhew =)


kesian noh laki dok jauh,,
cr rezeki..haha..
soh ler dya trun sp nek train..hikhik.

syazana.not.single said...

eika- sob sob. sedihh. :'(

pkahchu- aminn. lu pon insyaAllah dpt aih,la ni berserah ja. banyak2 berdoa. takuit2. huhu.

haha. kelantan xdak train. kesian. haha

miss fluffy said...

heh rindu duk jauh2 ye..
sabar keh, skype!!boley la kurgkan rindu sikit;p

syazana.not.single said...

miss fluffy- hehe. yaya. btol3. thanks. ;)

Trah Zain said...

gud luck, moga dpt 1st choice..hehe..

wan niahix said...

amboi la... matrik2 dh start kapel eyh... hehe...

semoga berkekalan je la ye...

have a nice day...

"keep Smiling"
^_^

-Wan Niahix-

syazana.not.single said...

trah zain- aminn. tapi first choice mcm susah. huhu. thanks btw. ;)

wan niahix- haha. thanks. aminnn. doa doakan la ya. nanti bleh mkn nsik minyak. ;)

syana mizwateva said...

rindu ek?titew fhm pew yg awk asew..sbb titew pon cinta jrk jauh jugak...kdg2 2 1 sem x jumpe die taw..tp kami ttp kekal smpai ke hari ni..jgn gado2 taw..kawen nty,jgn lpe ajk titew jgk..weee...
*gediks x?haha

syazana.not.single said...

syana mizwateva- huhu. insyaAllah. ni dok tengah kurangkan bergaduh. hehe. jgn risau,nanti org jemput dia. ;)