Monday, July 2, 2012

perlis ke alor setar

haloo assalamualaikum.
sat ja dah bulan julai dah kan. dah nak mula berpuasa dah tak lama lagi. rasa tak sabar ja. mudah mudahan sempat la aku merasa ramadhan tahun ni,insyaAllah.

tak pernah pernah aku buat intro yang dapat diterima akal,tetiba jek. buang tebiat gamaknya. hikhik. semalam dan hari ni...eh,hari ini dan semalam aku menghabiskan masa aku di alor setar tau. tau? tau? tapi aku nak cakap pasal semalam iaitu hari sabtu. semalam sebelum lepak alor setar,kami sekeluarga singgah rumah lama dulu. kemas kemas barang sebab dah ada orang nak beli rumah tu.
yang berbaju hijau tu pon sampah untuk dijual. sapa sapa berminat nak beli sila tinggalkan komen anda. ;)

bersepah tak payah cakap lah weh. memang macam macam khazanah zaman paleolitik semua aku jumpa habis. kalau bukak muzium boleh kaya habaq hang. tapi benda paling best yang aku jumpa semestinya album album gambar lama. zaman ayah aku baru kahwin dengan mak aku. aku belek album album tu seharian weh. best nak meninggal. lebih best dari cool blog. eh, dak dak. cool blog best lagi. 

nampak tak bertimbun timbum album? tapi yang paling menarik frame ni la. tengok tu,kecik kecik aku dah tunjuk sifat aku yang overdose gedik. baju retro habis.

lepas dah kemas kemas tu,jom ke tesco mergong pulak. aku lapaq big apple donut. dah lama mengidam.

ramai nak meninggal orang. sibuk ja. aku mengidam depa pon nak mengidam. tahu la gaji baru masuk. hikhik. 

lepas tu dah letih letih semua,dengan kemas rumah bagai. terus bummmm *effect duduk yang dramatik*,lepak food court,habiskan sekotak donut ni. weee~ ingat nak beli banyak lagi tapi takut tak habis. sebab yang makan benda manis manis ni pon aku sorang ja. family aku tak suka sangat. tapi dah beli,aku paksa jugak depa makan. wah ha ha ha.

yang putih bak salji tu sedap. sejuk ja bila makan. yang lain lain pon sodap sebenarnya. aku ni hampa bagi apa pon sedap,janji makanan tu manis. hikhik.

oke lah. masa untuk aku tidur. pagi nanti kena bangun buat breakfast kat suami pulak. dak dak,tipu ja. bangun nak tengok EURO la hoi. moga moga spain julang piala lagi untuk EURO kali ni.  make me proud. ceh. macam aku warganegara sepanyol pulak kannnn. chow.

14 comments:

Aida Omar said...

tudia yang baju hijau tu pun sampah jugak? sampah mahal tu. hehe.. eh ingat meninggal ape tadi rupanya style ayat eh.. hehe.. sedapnya donut tu, nyum..nyum..nyum.. spain sudah menang wooo :P

KorN said...

Haha.. sampai hati awak ck baju hijau tu sampah... hehe.. xpe aku paham.. gurau2 kasar je kan.. kan kan kan

syazana.not.single said...

aida omar- haha. style ayat sekarang. lps sopan. yaaaa,hidup spain ! ;)

popkorn poyo- eleh,berminat nak beli le tuu. cakap ja. ;P

wan niahix said...

hahak... yg ijau tu sampah ke? jual skali ngan karpet terbang ke camne? hehe...

p/s: blanje big apple 12 biji... hahaha... just kidding...

"keep smiling"
^_^

-Wan Niahix-

syazana.not.single said...

wan niahix- haa,boleh ja kalau nak sekali dengan karpet tu. ;)

belanja? apa? x dengar. :P

misluvcoklat said...

kahkah..lawak wa tgok adik lu .kesian gila!tdoq atas kotak ja..haha XD

syazana.not.single said...

pkahchu- haha. lu p pakai spec sat. tu tikaq sejadah der.. haha

iqa said...

yg putih tu pebrettt.sedap.

syana mizwateva said...

dap nye big apple..lme x mkn..xdak org nk blnja..haha :P

syazana.not.single said...

iqa- kannn. memang best

syana- hehe. suruh la cik abang belanja. ;)

Cik Sweet Pea said...

sebut perlis tringat laksa.....
sebut loq staq.....tringat pekan rabu.....

syazana.not.single said...

cik sweet pea- haha. tudiaaa. jemput la mai. ;)

ameerul ashraf said...

haha.. banteras pemerdagangan orang..

syazana.not.single said...

ameerul ashraf- wahaha. jangan report. ;)