Sunday, June 10, 2012

girls' day out

haloo assalamualaikum.
wahh,nak dekat limaratus minit aku pikir mukadimah. macam tak berbaloi masa yang dibuangkan begitu sahaja. jadi marilah kita stret tu da poin.

semalam aku ketemu semula dengan skandal lama aku. skandal sekolah menengah tu. dah berdekad tak berjumpa. maklum lah,semua dah beranak pinak. serious tak tipu. annie ni budak UiTM merbok tu haa,baru habis cuti dua bulan. memandangkan jarak UiTM dengan rumah aku lebih kurang sekangkang tapir,aku pon merajinkan diri drive ke sana. sesak toksah dok habaq la,memang berapi api jiwa ni haa.

bila dah jumpa,masing masing kebuluran dengan nafsu makan seekor tapir,terus gerak cari kedai makan. kedai makan ni annie yang suggest. dia kata sedap. kedai orang siam ni,so tomyam tomyam dia memang perghhh habaq hang. terangkat doh. so kalau agak agak nak rasa masakan pure tomyam,mai la sini. memang best.

kedai ni dalam central square,sungai petani. apa tah nama dia. asama wasama osama,entah. tempat duduk bersila tu ramai sungguh so kami cari tempat romatik,duduk hujung hujung,lampu pon malap malap,romantik sungguh. nanti nak ajak abe kelate tu mari sini lah. tapi lepas beberapa minit kami duduk,tu dia,terus ramai orang,dah jadi tak romantik. hek hek hek.

meet my scandal. annie. 

eh,selena gomez tu pon join kitorang jugokkk. ahak ahak ahak. 

berapi doh koeyteow tomyam dia. sedap yang amat. bukan nak exaggerate ka apa. memang perghh. ni annie punya.

yang ni aku rasa oke oke la. rasa biasa ja. terlalu simple,takdak ais krim kat atas. ni pon annie punya.

bihun goreng tomyam ni pon pergh tapi portion dia macam untuk limaratus orang makan. terpaksa aku bungkus bawak balik.

yang ni dia tulis dalam menu longon. tapi aku syak yang ni longan. hehe. pon biasa biasa aja,kurang manis. sesuai untuk orang yang tak suka manis. tak sesuai untuk aku. 

lepas tu pusing pusing CS tu jap then balik lah kita. aku singgah bilik annie tu jap. first time masuk UiTM tu tadi memang sesat tapi masa cari jalan keluar tu,tak sangka aku jumpa. rasa nak p bersalam dengan guard kat pondok tu sebab excited jumpa jalan keluar. 

sehingga ketemu lagi di lain hari dear. ;)

No comments: