Tuesday, June 19, 2012

siapa aku sebenarnya.

haloo assalamualaikum.
wah tajuk macam nak reveal rahsia dirty dirty pasal diri aku pulekk. otak kuning betul hampa ni. sebenarnya ni entri malas malas untuk malam ni. entri bosan bosan pon boleh. biasa la. bila dah cik abe kelate kita tu asyik nak tengok bola ja.,ulangan pon takmau nak miss,makanya,keseorangan lah aku. kurang nakfah batin la nampaknya.

tengok intro pon dah merapu meraban. entri ni aku nak cerita serba sedikit pasal diri aku ni haa. aku go through secara spontan lah. apa yang aku teringat,aku terus taip. baru natural. tanpa skrip. superr duperr spontan gitu. kalau agak agak tak berminat nak tahu,boleh stop sampai sini. tutup pc dan pergi tidur kerana hidup anda amat membosankan.

1. Selalu ceria
kebanyakan kawan kawan aku dah tahu. susah nak tengok aku moody ka marah ka tengking tengking ka. aku tak pandai nak ekspresikan mood aku macam tu. tapi aku jenis yang cepat geram. masa sekolah menengah dulu pulak aku selalu sedih. biasa la. time tu hormon baru nak buat sesi suai kenal dengan body ni. eh,point kat sini selalu ceria. apa tiba tiba masuk selalu sedih pulak. hentam saja la labu.

2. Tak suka bermekap
serious tak. apa itu foundation? apa itu diploma? eh. silap. apa itu moisturizer? apa itu toner? orang cakap kena sapu sesuatu dulu dekat muka baru pakai bedak. kena sapu apa weh? mana aku nak tahu. aku tak kenal benda benda tu. paling hebat pon aku keluar rumah pakai eyeliner. kalau terajin sikit,aku tempek bedak. kalau kahwin nanti nak plain saja boleh? 'mak andam mak andam,boleh tak kitew nak pakai eyeliner jew?'    'kepalew hotak kau nokss,haa,terkeluar suara jantan aku.'
this is what i usually look like without makeup. ok. boleh bunuh aku sekarang.

3. Banyak cakap tapi pemalu
dengan orang yang aku rapat,memang aku bercakap tak berhenti kadang kadang tu. especially yang sekepala. gossip tu macam makanan ruji aku la. tapi kalau orang tu aku baru 'hai,saya syaz,awak?' memang gila kau tetiba nak gossip? mesti la lembut lembut dulu. saya awak dulu. lama lama lu gua lu gua pulak. 

4. Teringin nak bela kucing
oke. yang ni dari dulu lagi memang aku teringin sangat. nak yang gebu gebu,manja manja,yang suka sondol sondol kaki aku. tapi ni semua hanya angan angan mat jenin. mak aku tak suka nak menjaga binatang binatang ni semua. dia tahu,kalau aku cakap nak bela apa apa,bukan aku dok jaga sangat. hangat hangat tahi hayam ja. last last mak aku jugak kena jaga. nak harap kat aku,bergelimpangan mati la kucing kucing tu kebuluran.

5. Pernah 'comel'/berisi/chubby
yap. ramai yang dah tak kenal aku sekarang kalau terserempak. yang rapat tu kenal la. dah biasa tidur sekatil makan sepinggan mandi sebaldi. mesti la kenal. yang jarang jarang tegur dulu memang terkejut bila jumpa aku sekarang.
SEBELUM
aku yang duduk atas simen berjam tangan putih ODM besar gedabak. ;)

SELEPAS
aku tiada dalam gambar. :P

oke. cukup lah kot segala rapuan aku di malam yang hening ni. nak tahu lebih lanjut boleh hubungi aku. no fon ada kat sebelah. masanya untuk layan bbm cik abe kelate ni sebelum beta beradu. beradu dengan tenang sebab spain menang semalam. chow.

3 comments:

Shafiqah Rashid said...

anjakan paradigma bak kata cikgu azu.
hahah.

terbaik wa cakap lu . hikk! XD

NURUL NAJWA said...

wawawa! gile beda dolu dgn kini. ptotla diTAKEN! hohoho :D

fatihah awesome :) said...

untunglah ada badan slim dh. bg tips sikitttt. hikhim>.<