Monday, July 30, 2012

lama tak hapdate.

rasa macam lama tak apdate. lama la sangat kannn. hari tu last update hari ke empat puasa. ni dah hari ke sepuluh dah. kira lama la tu. lama kan? sila angguk. angguk cepat. angguk cepat tu bukan suruh angguk laju laju macam burung belatuk tapi suruh angguk dengan secepat mungkin. ah,merapu pulak intro gua.

sepanjang berpuasa ni memang selalu aku berbuka dengan makanan kat bazaar. mak aku masak tapi aku ni cepat bosan. suka tukar tukar selera. hari ni nak roti john. esok nak ayam percik. lusa nak murtabak. so bazaar lah heaven gua buat masa ni. nanti bila dah bosan,aku makan lah nasik mak aku masak pulak. tapi benda wajib makan time aku berbuka ialah kek batik. favourite dulu kini dan selamanya. sorga dunia tu.

jumaat lepas aku berbuka dengan annie and iffah. annie hari tu jumpak dah. tapi iffah tu dah lama tak jumpak. bila dah jumpak hari tu, tinggi semacam ja budak ni aku tengok. susu apa beliau minum? aku minta beliau suggest kat aku susu susu yang terlibat tapi sedas penampar beliau bagi kerana terasa dengan kepetahan aku memerli.

tu tu. nampak dak kasut tumit tinggi ketinggian cik pah kita. haha.

inilah skandal zaman sekolah menengahku. dulu kami lesbo. sekarang kami straight. :D

rancang nak berbuka dekat pizza hut. tapi nahaiiiii,memang tak boleh nak full lagi la kannn. time aku nak makan pulak tu. frust habaq hang. bukan selalu pon aku nak p. tapi redho sajooo. makan tomyam lah kita kat satu tempat yang baru bukak dekat village mall. carik nahas bebudak ni berbuka dengan tomyam. perut kental semua. aku ja western. selena gomez la katakan. ciken cop jugak aku bantai.

alhamdulillah muka happy dapat makan. walaupong kempunan piza. 

lain hari aku akan p berbuka kat perlis pulak. insyaAllah. dengan classmate classmate sewel sekolah aku dulu. rindu depa. sekian. ;)

Tuesday, July 24, 2012

dah hari ke-4 you alls.

haloo assalamualaikum.
cepat pulak aku rasa masa berlalu. tengok tengok hari ni dah hari keempat kita puasa. so macam mana puasa hampa? penuh tak? jangan puasa setakat tahan lapor sajoo ye. banyakkan amalan amalan sunat sekali. bukan selalu pon bulan puasa nak mai kannnn.

aku tak miss lagi pi bazaar untuk ramadhan kali ni. bagi yang lelaki tu,harap bersabar la ye sebab memang sangat banyak perempuan yang berpakaian sendat. bukan lelaki ja,aku yang masuk kategori perempuan sejati ni pon tak lepaskan peluang untuk tengok jugak. dah orang tunjuk, aku pon tengok la. kalau tak tengok nanti kecik hati pulak. dah bersusah payah bernapas dalam pakaian tu tapi orang tak tengok,mesti la sentap nokkss.

yang dah start pakai tudung tu,alhamdulillah. kalau boleh,kekalkan lah ye. jangan time ramadhan ja pakai lepas tu terus bukak. sebab aurat ni bukan time ramadhan ja kena tutup,tak gitu? peringatan untuk aku jugak ni. sebab aku pon tutup aurat tak sempurna pon. tangan baju dok senteng senteng jugak. tudung tak tutup dada pon. socks tak pakai pon. pelan pelan kayuh. ;)

nak buat peace tapi jadi huduh. sedih pulak aku tengok. :'(

oke lah. aku nak sambung tengok rancangan memasak ni. memang rutin aku pon. makruh jugak puasa aku ni. hikhik. chow.

Friday, July 20, 2012

rasa macam baru semalam ja habis puasa. :')

assalamualaikum dan haloo si comel sekalian. aku tengah tengok reflection aku kat laptop ni. so yang 'si comel sekalian' tu aku le.

ya,dia ni memang popular. siap ada signboard popular lagi sebelah dia. kau adaaaaaa? 

semalam sempat jugak aku ke penang. menghabiskan sisa sisa hari aku sebelum start puasa. sebab bila dah puasa,memang tak keluar dah nanti. duduk rumah sajooo. apa aku buat kat penang? teringat pasemboq weh tapi apa boleh buat,tak sempat pon nak menikmati pasemboq. so kita menikmati sejuk aircond shopim mall saja. yang ni memang serious. sejuk dia tahap over the sea you know? tambah tambah bila dah masuk dalam wayang dia. kiranya kalau aku nak tulis blog pasal masuk ke wayang tu,aku kena letak tajuk 'pengalaman aku dikunci dalam peti sejuk' maybe?

ya,sejuk dan gelap tempat wayang tu. sesuai untuk jejaka jejaka pemalas macam budak kelate tu tidur. bedebah betul. entah entah di sebalik spec 3D dia tu,mata dia terpejam apa? dah la the amazing spiderman tu,tak amazing tang mana pun. nyesal aku tengok. batman lebih amazing mungkin. :'(

ewww. gantung keychain bulu kat bb. tak malu tak malu. oh,tu bb aku, nasib baik. :p 

sebelum start wayang tu,lepas dah habis satu shopim complex tu kami tawan,moh le kita duduk pulak. yang pakai kasut bertumit ni aku. tapi yang letih ngadu ngadu sakit kaki bukan aku. tak rasa pelik ka? hikhik. takdak stamina langsung. 

tengok tu. menjalar macam ular. apa yang letih sangat aku pon tak tahu. kalau main futsal banyak pulak tenaga dia. 

nak cakap pasal ramadhan sebenarnya. sedih bila teringatkan ramadhan kat matrik dulu. sangat kenangan tau. tiap tiap kali habis kuliah,aku dengan atikah mesti buat larian pecut 100meter ke kafe sebab nak berebut beli lauk untuk berbuka. lepas tu sama sama berbuka dekat dalam bilik TV sambil tengok drama kasih Alia. sambil sambil mengunyah tu sempat lagi dok maki macam macam pasal drama tu. kami yang over lebih dari drama tu. pahala puasa pon terbang melayang. oh kenangan. :')

ramadhan kali ni alhamdulillah,boleh sambut dengan family sepenuhnya. berbuka dengan family tiap tiap hari. harap harap dapat kawal nafsu serakah aku bila jejak kaki kat bazaar nanti. jangan lah menitis air liur aku di khalayak ramai. jatuh market aku sebagai dara meletup sekitar kedah nanti. hakhak.

selamat menyambut ramadhan buat seluruh umat Islam. puasa jangan tak puasa. ;)

Wednesday, July 18, 2012

panjang sangat ka aku tulis?

haloo assalamualaikum.
aku nak suarakan keseronokan kejap. aku dapat UiTM kampus shah alam tau uollls. happy benor diri ini. bukan apa. ada kengkawan aku yang meraung meratapi nasib dapat perlis la,kedah la,penang semua tu, cakap dekat sangat dengan rumah. ada yang dapat jauh nak meninggal,sampai ke sabah sarawak. aku pulak macam middle middle gitu. gumbira tak terkata.

abe kelate aku pulak dapat UiTM machang,kelantan. makin manja la dapat dekat dengan rumah. tak adventure langsung. *statement nak bagi dia jeles tak dapat shah alam*

eh kenapa title aku gitu? saja nak drama sikit. bukan hapa,abe kelate aku tu buat pertama kalinya bukak blog aku semalam. orang yang pesen tak minat membaca ni,gepren ada blog pon dia tak peduli. hikhik. benda first dia cakap lepas bukak semalam,'malas lah nak baca,panjang la.' cis. statement berani meninggal nampaknya. apa yang panjang aku pon taktau. eh,suka hati aku pulak kutuk dia dalam ni. harap dia malas nak baca. amin. :p

tengah hari satgi maybe aku akan ke klinik nak buat medical check up. sebelum bulan puasa ni,aku nak settle settle dulu benda ni. nanti dah puasa macam susah nak cucuk cucuk,ambik darah bagai. nak kena x ray lagi. urine test la,nak cek sama ada aku ni minah pit ka tak. kot kot paras ganja dalam air kencing tu tinggi,tak pasal pasal kena tahan pulak nanti. jujurnya aku tak takut nak kena cucuk semua tu. yang aku takut cumalah result dia. ya la,mana la tahu,tetiba terkesan penyakit apa apa pulak kan. nauzubillah,mintak dijauhkan la.

banyaknya benda kena urus. akaun bank la. ptptn la. ada lagi yang aku tak pernah dengaq. macam macam nama bank ada,aku pon pening baca. oke sudah. nanti merapu. chow.

Saturday, July 14, 2012

apa itu UPU?

soalan yang sepatutnya ditanya is apakah result UPUku? hikhik. seperti yang kita tahu,kalau tak tahu,boleh buat buat tahu untuk memudahkan kerja aku. oke sambung balik. seperti yang kita tahu,semalam result UPU dah keluar. keluar ke mana? keluar outing mungkin.
hari hari sebelumnya aku dengaq ramai la pakat dok kata, mimpi dapat U ni la, U tu la, aku yang dengaq ni serba rilex ja sebab memang dah jadi lumrah,sejak zaman aku bayi lagi, memang aku takkan mimpi benda benda macam tu. kalau nak dapat, biaq dapat terus,surpriseeee gitu. tapi dalam rilex rilex tu, aku sebenarnya berharap sangat dapat masuk UKM or USM. mak ayah aku macam confident ja aku dapat masuk situ sebab pointer aku yang alhamdulillah agak masyuk.

tapi rezeki ni Allah yang tentukan. dapat pointer 4 5 6 flat pon kalau dah tulis rezeki aku bukan kat situ,bukan la jadinya. eh aku macam dah bagitahu ja result U aku kat hampa. hekhek. ya,aku tak dapat U idaman aku. sob sob.

alhamdulillah,walaupun tu bukan lah course yang aku impikan,which is biomedic,aku tetap bersyukur lah dapat biology. memang aku gila dengan biology ni. see? aku dapat UiTM. alhamdulillah sekali lagi aku tak dihantar sampai ke sabah sarawak. jauh sangat tu.

yang aku risau pasal UiTM ni satu ja. aku takmau dapat perlis. aku mintak sangat sangat. aku dah takmau dok dekat dengan rumah. aku kalau boleh nak dekat shah alam. at least ada la jugak feeling duduk U kan. kalau duduk dekat dekat,memang tak lah aku nak seronok. asyik nak balik ja minggu minggu. tak dak feel langsung. 

so isnin ni baru boleh tahu aku dapat kampus mana. and i wish it's in shah alam. akhirnya aku terpaksa berpisah dengan member kamceng aku,pkah sebab dia ke UPSI. member aku yang lain ramai jugak yang dapat UiTM ni. dan dan,cik abe kelate aku dapat UiTM jugak uollllssss. gegedik aku sebentar di situ. hikhik. eh,banyak pulak aku membebel padahal nak habaq hat tu ja pon. chow.

Tuesday, July 10, 2012

post yang tak berapa random sangat la.

sementara dok tengok rancangan memasak ni,mari lah kita mengupdate blog dulu. konon konon nak belajar la kan kot kot boleh masak masa bulan puasa nanti. tak hado maknonyooo. gua tengok sajooo. motif? saja nak bagi air liur berjejeran. natang apa tu berjejeran? bahasa sepanyol mungkin.

sekarang ni kebanyakan sekolah buat hari sukan. sekolah adik aku pon tak terkecualilah. tapi sejak dua tiga menjak ni asyik hujan ja. sukan macam mana lah depa tu. eh,kisah pulak aku kan? aku duduk rumah garu garu perut dengan sebelah tangan ja. sebelah lagi pegang remote. duduk atas sofa tengok tv sambil menguap. sila bayangkan. disgusting bukan?

ni lah aktiviti aku sepanjang cuti ni. ada banyak lagi buku tapi ni ja aku sempat capai. nampak tak ada 1 novel melayu tebal tu? ya,aku baca sikit lepastu terus tinggal. memang novel melayu tak kena dengan taste aku kot. terlalu banyak konflik percintaan yang selalu buat aku geram dengan watak utama. rasa macam, 'ish,awat dia buat macam tu,kenapa dia tak buat macam ni?' ya aku tahu. mungkin aku patut tulis novel sendiri. banyak songeh pulak.

aku nak tengok wayang tapi masih dalam dilema nak pilih cita apa yang takkan merugikan rm10 aku. kalau couple seat pulak rm23. eh,terlebih sudah. hikhik. nak tengok ice age 4 lah. sebab sepanjang aku dok tengok ice age,cita tu tak pernah kecewakan aku lagi. gelak ja selalu. tapi kalau ada cita horror lagi cool. tengok lah macam mana. ;)

eh tak sabar nak tunggu esok. tak sabarnyewww. *melompat gaya ular* chow.

Sunday, July 8, 2012

bebal.

berapa hari dah entah tak update blog ni? bukanlah sebab aku ni bebal mahupun pemalas piang. eh,bebal tu apa entah? bebai aku tau la. dah lama tinggal BM. sorry cikgu. -.-" teringat cikgu norma. dia yang mula guna perkataan bebal dulu. aku terpinga pinga kat belakang kelas. gosok gosok dagu, dahi, kepala hapa semua sebab nak tahu apa itu bebal. tamatlah mukadimah bernas aku pagi ni.

2 3 hari ni aku busy menghabiskan masa dengan kengkawan lama kat perlis. tapi bila dah sebut perlis,mana la ada tempat menarik sangat nak melepak. wah,aku cakap macam kacang lupakan kulit pulak padahal dah bertahun tahun duduk perlis. hikhik. ingat nak la jugak upload upload gambar bagai tapi macam yang aku pernah habaq sebelum ni,line internet sikit ja lagi nak sama kelajuan dengan abam usain bolt so boleh upload setakat 2 3 keping aje.

ni nak apload ni lebih kurang satu jam. aku makan durian 2 3 bijik pon sempat habis. 

terima kasih makcik sebab tolong tangkapkan gambar kami. terima kasih terima kasih. ;)

tu lah yang mampu aku apload. kalau nak apload semua hampa tunggu aku kahwin dapat anak dapat cucu dulu baru siap. tema macam lebih kurang hitam putih. sehati sejiwa nampaknya. ada sorang tersesat. hikhik.

drive dari perlis ke sungai petani lepas tu drive ke padang besaq tu membuatkan aku letih tahap pekerja butik buat kerja buruh. tetiba. -.-" kalau driving boleh kurus,aku rasa aku dah sekurus lidi satay. oh heaven kalau driving boleh kurus. aku start menulis pukul 9. sekarang dah pukul 10. nampak tak permainan dia? chow.

Thursday, July 5, 2012

nak update pong malas.

halloo assalamualaikum.
lama jugak aku ambik masa nak mengupdate. bukan apa. internet ni kalau lumba lari dengan aku,dah lama aku tolak beliau masuk gaung. lembab. azab nak menunggu oke. garisan penamat tu siput sedut pon dah cross dah tapi batang hidung internet ni nampak pon tidak. internet memang ada hidung,harap maklong.

nampak tak muka excited aku tu? nampak tak? nampak tak? sebenornyewww aku akan ke perlis lagi esok. oke,dah naik muak aku cita pasal perlis dan aku tau,hampa pon dah muntah muntah dah mendengarnyewww. tapi esok aku p untuk berfun fun bersama dengan gilers gilers aku. bestfriends aku la. giler kau. cuti punya panjang tapi nak berjumpa seminggi sekali pon sosah nokss. tengok eja seminggu pon dah jadi seminggi. 

ni kira berfun fun sebelum puasa la ni. sebab lepas ni aku tak p perlis dah. raya pon kat kampung. tak pernah aku merasa beraya dengan kawan kawan. sob sob. tacing tak? 

setakat ni dulu aku update. internet sangkut sangkut. sebelum aku jadi ballotelli,eloklah aku undur diri. chow.


Monday, July 2, 2012

perlis ke alor setar

haloo assalamualaikum.
sat ja dah bulan julai dah kan. dah nak mula berpuasa dah tak lama lagi. rasa tak sabar ja. mudah mudahan sempat la aku merasa ramadhan tahun ni,insyaAllah.

tak pernah pernah aku buat intro yang dapat diterima akal,tetiba jek. buang tebiat gamaknya. hikhik. semalam dan hari ni...eh,hari ini dan semalam aku menghabiskan masa aku di alor setar tau. tau? tau? tapi aku nak cakap pasal semalam iaitu hari sabtu. semalam sebelum lepak alor setar,kami sekeluarga singgah rumah lama dulu. kemas kemas barang sebab dah ada orang nak beli rumah tu.
yang berbaju hijau tu pon sampah untuk dijual. sapa sapa berminat nak beli sila tinggalkan komen anda. ;)

bersepah tak payah cakap lah weh. memang macam macam khazanah zaman paleolitik semua aku jumpa habis. kalau bukak muzium boleh kaya habaq hang. tapi benda paling best yang aku jumpa semestinya album album gambar lama. zaman ayah aku baru kahwin dengan mak aku. aku belek album album tu seharian weh. best nak meninggal. lebih best dari cool blog. eh, dak dak. cool blog best lagi. 

nampak tak bertimbun timbum album? tapi yang paling menarik frame ni la. tengok tu,kecik kecik aku dah tunjuk sifat aku yang overdose gedik. baju retro habis.

lepas dah kemas kemas tu,jom ke tesco mergong pulak. aku lapaq big apple donut. dah lama mengidam.

ramai nak meninggal orang. sibuk ja. aku mengidam depa pon nak mengidam. tahu la gaji baru masuk. hikhik. 

lepas tu dah letih letih semua,dengan kemas rumah bagai. terus bummmm *effect duduk yang dramatik*,lepak food court,habiskan sekotak donut ni. weee~ ingat nak beli banyak lagi tapi takut tak habis. sebab yang makan benda manis manis ni pon aku sorang ja. family aku tak suka sangat. tapi dah beli,aku paksa jugak depa makan. wah ha ha ha.

yang putih bak salji tu sedap. sejuk ja bila makan. yang lain lain pon sodap sebenarnya. aku ni hampa bagi apa pon sedap,janji makanan tu manis. hikhik.

oke lah. masa untuk aku tidur. pagi nanti kena bangun buat breakfast kat suami pulak. dak dak,tipu ja. bangun nak tengok EURO la hoi. moga moga spain julang piala lagi untuk EURO kali ni.  make me proud. ceh. macam aku warganegara sepanyol pulak kannnn. chow.